Tahukah anda di NADI Kg Penjom ada disediakan sejumlah 10 tablet? Tablet-tablet ini boleh diguna pakai secara percuma kepada ahli-ahli NADI Kg Penjom. Tidak hanya setakat itu, ahli NADI Kg Penjom juga layak untuk meminjam tablet untuk tempoh sehingga 48 jam iaitu dua hari. Kemudahan yang sangat bagus untuk dimanfaatkan bersama.
Antara aktiviti yang menggunakan tablet di NADI Kg Penjom sempena cuti sekolah bulan Disember ini, beberapa orang ahli yang merupakan murid SK Penjom telah sama-sama bermain aplikasi permainan interaktif seperti menyelesaikan silang kata Matematik, operasi darag(sifir) dan lain-lain.