07 DIS. 2025 – Sebuah program komuniti telah dianjurkan oleh JPKK Kg Pagar yang diberi nama Karnival Sukan Sekampung. Program yang bermula dari 8 pagi ini bertempat di Dewan Orang Ramai Mukim Penjom dan dihadiri oleh penduduk kampung setempat. NADI Kg Penjom juga menyumbang tenaga dalam menyediakan acara pertandingan mewarna, word search dan permainan dam ular gergasi. Antara aktiviti lain yang diadakan ialah pertandingan congkak, sukaneka rakyat, batu seremban, dan baling dadu. Program ini melibatkan usahasama antara JPKK Kg Pagar, Gerakan Belia 4B Cawangan Kg Genting dan NADI Kg Penjom. Istimewanya program ini berakhir dengan sesi menanam pokok di sekitar Dewan Orang Ramai Mukim Penjom.
