Pada 12hb Februari 2022, Mesyuarat Agong WI Cawangan Penjom telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Penjom. Perjumpaan yang diadakan atas talian ini dihadiri oleh 6 orang ahli WI Cawangan Penjom. Mesyuarat Agong WI Cawangan Penjom ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.30 petang sehinggga 5.30 petang secara maya dengan jumlah pengguna atas talian sebanyak 31 orang. Antara intipati mesyuarat adalah perancangan pelan dan aktiviti tahun 2022 dan lain-lain.