mcmc
Persatuan Wanita

KELAS MEMBUAT SABUN MENERUSI TUTORIAL ATAS TALIAN

Satu kelas membuat sabun diadakan di perkarangan Masjid Batu 6, Penjom pada Ahad, 22 Mac 2022 jam 9.30 pagi sehingga 12.30 petang. Kelas ini adalah atas inisiatif Ketua WI Cawangan Penjom, Puan Wan Sharifah bt. Wan Ahmad. Seramai 5 orang peserta yang menghadiri kelas ini. Menariknya antara bahan yang digunakan adalah minyak terpakai. Bahan kimia yang digunakan adalah Lye atau Sodium Hydroxide (NaOH). Lemon diperah, dan daun pandan dikisar dan ditapis untuk dicampur ke dalam larutan membuat sabun. 

 

Larutan sabun yang baru siap dibancuh (kiri) dan hasil setelah 3 ke 4 minggu (kanan)