mcmc
Laporan Aktiviti

LAWATAN KE KEBUN SAYUR ABANG NAN

Pada Ahad, 17 April 2022, petugas PEDi telah melawat ke Kebun Sayur Abang Nan untuk melihat hasil terung mini dikutip. Kebun itu dimiliki oleh Encik Adnan bin Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Nan, berkeluasan sekitar 2 ekar terletak di Kampung Salang, Kuala Lipis. Sepanjang berada di sana, petugas didedahkan tentang ilmu-ilmu pertanian khususnya tanaman fertigasi gantung. Petugas amat berterima kasih kepada Abang Nan atas kesudian menerima kunjungan kami.