‘MEE KUNING PENJOM ‘
Puan Hamidah binti Hamzah merupakan anak tempatan kampung Penjom , bermula daripada kecil-kecilan membuat mee Penjom sehingga membuka kilang untuk memproses Mee Penjom. Kini Kilang Mee Penjom itu di ambil alih oleh anak beliau En Wan Ahmad Razif. Perniagaan Mee Kuning ini telah diusahakan selama 22tahun yang lepas dan kini telah berkembang sekitar daerah Lipis , Raub , Benta dan Jerantut . Harga Mee Penjom ini berharga rm1 sebungkus , kilang Mee Penjom ini terletak di belakang Dewan Orang Ramai Penjom.