Pada Rabu, 6hb. Julai 2022 telah diadakan satu program bernama PROGRAM PERKHIDMATAN PERNIAGAAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) PAHANG di Pusat Ekonomi Digital Kg. Penjom atas jemputan SKMM Pahang. Program ini berlangsung dari 9.30 pagi hingga 3.00 petang. Seramai 35 orang telah hadir dengan pelbagai urusan berkaitan seperti pendaftaran perniagaan baharu, pembaharuan lesen perniagaan dan sebagainya. Staff SSM yang ditugaskan mengelola program ini adalah seramai 3 orang. Berikut ialah gambar-gambar sekitar program berlangsung.