mcmc
Keselamatan

KES DENGKI MENINGKAT

Makluman Peningkatan Kes Demam Denggi

Kejadian Demam Denggi di dalam Daerah Lipis telah menunjukkan peningkatan ketara antara Januari – Julai 2022  iaitu sebanyak 13 kes berbanding 7 kes bagi tempoh yang sama tahun 2021.

Sila dapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan sekiranya terdapat tanda-tanda berikut :

  1. Demam kuat yang mengejut dan lama
  2. Sakit kepala
  3. Sakit sendi,otot @ belakang mata
  4. Sakit perut  atau Cirit-birit
  5. Ruam

Sebagai langkah pencegahan,

“Luangkan 10 minit sekali setiap minggu untuk memeriksa tempat bertakung air di sekitar rumah”

Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk.

Membuang bekas yang boleh menakung air.

Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan bertutup

Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali

Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti

Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk

Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah

Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup                                 

“Cegah aedes, hapus denggi”

Pesanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Lipis