22 Mac 2025 – NADI di seluruh Malaysia mengadakan Bazar Raya NADI secara serantak pada Sabtu lalu, dan NADI Kampung Penjom tidak terkecuali. Kemeriahan Aidilfitri kian terasa dengan kehadiran para usahawan komuniti yang turut serta menbuat jualan kuih raya, kerepek, sampul raya dan lain-lain. Yang menarik tentang Bazar Raya NADI ini adalah ianya bukan sekadar bazar, menggunakan slogan Bazar & Belajar @ NADI, sejumlah komuniti yang menjadi peserta menerima pembelajaran percuma sepanjang bazar berlangsung. Aktiviti-aktiviti seperti ini sangat bermanfaat bagi menambah ilmu dan juga mengisi masa adik-adik yang sabar berpuasa. Petugas NADI Kampung Penjom juga menyediakan saringan kesihatan percuma kepada pengunjung.
