mcmc
Laporan Aktiviti

CERAMAH JENAYAH SIBER ANJURAN BERSAMA WI, JPKK KG GENTING & PEDi KG PENJOM

Pada 23 Februari lalu (Khamis) satu aktiviti telah dijalankan. Bermula dari buah fikiran Puan Wan Sharifah, selaku Pengerusi WI Cawangan Penjom dengan menyatakan kebimbangan beliau mengenai jenayah siber yang makin menjadi-jadi. Online scammer semakin kerap menganggu dan cuba menipu masyarakat dan lebih malang sekiranya mereka menjadi mangsa.

Dengan kerjasama PEDi Kg Penjom, ceramah yang diberi tajuk; Jenayah Penipuan Dalam Talian (Scammer) & Peranan Masyarakat Mencegah Menjadi Mangsa Penjenayah dapat dilaksanakan pada Khamis tersebut, bertempat di Balai Raya JPKK Kg. Genting. Ceramah disampaikan oleh Inspektor Mohd Suhaili bin Abdullah, selaku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis. Seramai 30 orang peserta hadir bagi menjayakan ceramah tersebut. Ceramah bermula pada jam 9 pagi sehingga 11 pagi. 

Banyak ilmu yang telah dikongsikan supaya masyarakat lebih peka tentang kegiatan jenayah siber ini dan dapat mengamalkan tips bagi mengelakkan diri menjadi mangsa. Terima kasih kepada semua yang menjayakan ceramah ini. 

Bagi melihat foto sekitar hari kejadian, boleh klik pada pautan berikut SEKITAR CERAMAH WI MENGENAI ONLINE SCAMMER 23 FEB. 2023 (pjk.com.my)