mcmc
Keselamatan

DENGGI ALERT

Makluman Peningkatan Kes Demam Denggi

Kejadian Demam Denggi di dalam Daerah Lipis telah menunjukkan peningkatan ketara dalam bulan Jun 2022 iaitu sebanyak 4 kes berbanding 2 kes bagi bulan jun 2021.

Lokaliti kejadian Demam Denggi bagi bulan Jun adalah
1. PAKR Kuala Medang
2. Rumah Banjir Penjom
3. Kg Kuala Medang
4. RPS Merapoh

Sila dapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan sekiranya terdapat tanda-tanda berikut :
1. Demam panas
2. Sakit kepala
3. Sakit sendi
4. Cirit-birit
5. Ruam dll

Sebagai langkah pencegahan, sila pastikan tiada bekas menakung air di sekitar rumah dan sentiasa memeriksa bekas menakung air untuk memastikan tiada pembiakan.

“Cegah aedes, hapus denggi”

Pesanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Lipis