HIP & STEM CARNIVAL LIPIS DISTRICT LEVEL 2022/2023
Pada 7hbD Disember 2022, Sekolah Kebangsaan Penjom telah menjayakan HIP & STEM Carinival. Menjadikan PEDi Kampung Penjom dan PEDi Tempoyang terlibat bersama acara peringkat daerah ini merupakan satu kerjasama yang amat dihargai. Karnival ini bermula seawal jam 7.45 pagi dan berakhir sekitar 2.45 petang. Karnival ini telah dirasmikan oleh tetamu jemputan iaitu Encik Jamaluddin bin Mansor selaku pengurus Bank Rakyat Cawangan Lipis.
Terdapat 15 stesen yang direka khas memenuhi tema karnival diwakili oleh setiap fasilitator dari pelbagai sekolah sekitar Daerah Lipis dan PEDi. Sejumlah 150 murid terlibat sepanjang karnival berlangsung, pecahannya adalah SK Penjom seramai 122 orang, dan seramai 4 orang wakil dari setiap sekolah berikut; SK Kechor Tui, SISP, SK Kuala Kenong, SKJC Penjom, SK Tempoyang, SK Clifford, dan SK Wan Ibrahim.







