JAMUAN RAYA AIDILFITRI KLUSTER LIPIS 2022

Aktiviti semasa | May 16, 2022

Pada 15 Mei semalam, iaitu 14 Syawal 1443H, satu jamuan raya sempena aidilfitri diadakan di PEDi Kg. Telemin, Padang Tengku. Petugas-petugas PEDi sekitar Lipis yang berkelapangan telah hadir untuk memmeriahkan jamuan bertemakan pot luck tersebut. Antara makanan yang dihidang ialah sate, nasi himpit, kuah kacang, roti jala kari daging, carbonara, bihun sup dan banyak lagi. Apa yang menarik ialah menu nasi kebuli yang sedap dan agak sukar didapati dewasa ini. Jamuan itu dimulakan dengan ucapan tuan rumah iaitu Pengurus PEDi Kg. Telemin, bacaan doa, ucapan dari Ketua Kluster Lipis dan sesi perkenalan petugas baharu. Acara yang dijalankan secara santai ini bermula pada jam 11 pagi dan berakhir sekitar 1 petang.