
25hb Mei 2025 – Sekolah Kebangsaan Penjom mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan dengan menjemput seluruh komuniti setempat untuk bersama-sama memeriahkan acara tahunan tersebut. NADI Kg Penjom sekali lagi dijemput tahun ini bersama-sama JPKK Kg Pagar, Penjom untuk mewakili rumah sukan Wira (Kuning). Menarik tahun ini, kali ini Komuniti Belia Penjom diberi kepercayaan untuk menghias rumah Wira dengan tema Maybank. Antara badan-badan komuniti lain yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Tahunan SK Penjom 2025 ini ialah JPKK Kg Genting, JPKK Kg Lalang, AIM Pusat Siti Hawa, WI Cawangan Penjom, Balai Polis Penjom dan lain-lain. Nantikan video penuh di aplikasi TikTok NADI Kg Penjom NADI Kg Penjom (@nadikgpenjom) | TikTok