MAC – PEDi KG PENJOM FOKUS KEPADA PROGRAM KITAR
Bermula dengan sesi taklimat berkenaan Program KITAR pada 8 hari bulan yang lalu, PEDi Kg Penjom mula melakukan aktiviti-aktiviti bersangkutan dengan tujuan program. Kami mengulang siar suapan-suapan yang dikongsi pada laman media sosial rasmi KITAR, memuat naik status rangkaian Whatsapp untuk hebahan program ini, mengasing dan membungkus peranti-peranti lama yang telah dikumpul dan sebagainya. Diharap lebih ramai komuniti setempat dan sekitar PEDi Kg Penjom dapat memberi peranan dalam menjayakan program ini.