mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN TEMPATAN ANJURAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM

Sebuah program ramah mesra antara Sekolah Kebangsaan Penjom dan pemimpin-pemimpin tempatan telah diadakan pada 22 Oktober 2021, bertempat di Dewan Orang Ramai Mukim Penjom. Program yang dijayakan dalam tempoh 10 pagi sehingga 11.30 pagi itu dihadiri seramai 40 orang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tempatan dan barisan pentadbir SK Penjom.

Majlis dijuruacarakan oleh Puan Faridah itu dimulakan dengan bacaan doa, penandatanganan nota persefahaman antara SK Penjom dan Penjom Gold Mine mengenai cakna Science Technology Engineering Mathematics (STEM) seterusnya ke acara utama iaitu ucapan pengenalan dan harapan daripada Tuan Guru Besar baharu SK Penjom, Encik Borhan bin Long, 51. Antara tetamu yang hadir ialah ketua-ketua kampung setempat, Encik Abdul Khalid bin Abdul Manan (Ketua Kg. Pagar), Encik Ahmad Munir bin Abdul Hamid (Ketua Kg. Genting), Ketua Balai Polis Penjom, wakil Penjoom Gold Mine, AJK Masjid Batu 6, wakil Klinik Kesihatan Desa Penjom, dan Pusat Internet Komuniti Kg. Penjom.