NADI x KEUSAHAWANAN BOOTCAMP
Adalah dimaklumkan bahawa Program NADI x KEUSAHAWANAN BOOTCAMP yang telah berlangsung pada 5 – 15 Mei 2025 di 11 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia telah berjaya menghimpunkan seramai 476 usahawan untuk sesi pembentangan idea perniagaan mereka di hadapan panel juri profesional.
Hasil daripada proses penilaian yang teliti, 40 usahawan terbaik telah terpilih untuk melangkah ke Fasa Ketiga dan seterusnya dinobatkan sebagai sebahagian daripada Top 50 Ikon Usahawan NADI x Keusahawanan.
Untuk makluman, program Bootcamp bagi Sabah dan Sarawak akan diadakan pada bulan September 2025, dimana 10 usahawan terbaik dari Malaysia Timur akan dipilih untuk melengkapkan senarai penuh 50 Ikon Usahawan NADI Keusahawanan 2025.
TAHNIAH diucapkan kepada semua usahawan yang telah terpilih, dan selamat berjaya diucapkan kepada peserta Sabah & Sarawak yang akan menyertai Bootcamp akan datang!
Usahawan yang disenaraikan akan menerima Khidmat Sokongan Keusahawanan bernilai sehingga RM20,000 seorang, merangkumi:
- Bantuan Penjenamaan & Pemasaran Produk
- Pendaftaran Cap Dagangan Jenama
- Bimbingan Intensif daripada Mentor & Coach Profesional
yang meliputi komponen-komponen kritikal dalam pengurusan perniagaan.
