15 Julai 2023 merupakan hari pertama pelancaran Pasar Setesen oleh Sahabat Warisan Lipis dan mendapat sokongan Majlis Daerah Lipis. Pelbagai vendor terlibat dalam program ini yang menjual barangan preloved, koleksi antik, tradisional dan mungkin lebih ramai vendor yang akan terlibat di masa akan datang. Program mingguan ini bakal menjadi salah satu daya tarikan Kuala Lipis.
Sumber: Facebook Fazeli Bakar