27 Ogos 2022 – Pertandingan mewarna sempena bulan kebangsaan anjuran PEDi Kg. Penjom bersama Kelab Memanah Tradisional Masjid Kg. Salang Kuala Lipis. Terima kasih kepada semua yang terlibat, ibu bapa dan terutama adik-adik yang sudi memeriahkan pertandingan mewarna ini. Hadiah disampaikan oleh wakil dari Kelab Memanah Tradisional Masjid Kg. Salang Kuala Lipis selaku Bendahari Masjid Kg. Salang iaitu Encik Jama. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.