mcmc
Galeri Foto

POSITIF ‘n PRODUKTIF

Halaman Facebook Klik Dengan Bijak telah memuat naik beberapa poster mengenai kempen terbaru mereka, iaitu kempen KDB #positif’nproduktif. Pengguna Internet yang positif dan produktif harus mahir untuk mencari bahan atau sumber rujukan alternatif jika mereka ingin mempersiapkan diri dari segi intelek untuk belajar, bekerja, dan menjadi warga global di dalam dunia digital.

Kempen KDB #positif‘nproduktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

Berikut adalah poster-poster berkenaan kempen ini yang dimuat naik di galeri foto.

 

Sumber: Facebook Klik Dengan BIjak