Baru-baru ini, NADI Kampung Penjom sekali lagi menjadi tempat pilihan SIRIM untuk diadakan program latihan keusahawan. Dengan sejumlah peserta yang dihadiri dari Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan kawasan-kawasan sekitar, harapan pihak NADI Kampung Penjom lebih banyak usahawan yang mempunyai ilmu dalam perniagaan supaya ekonomi setempat bertambah maju. NADI Kampung Penjom juga menawarkan pelbagai program menarik untuk usahawan yang ingin menambah ilmu dan berinteraksi sesama usahawan bagi berkongsi tips dan pengalaman. Pastikan anda ikuti kemaskini dari kami untuk program-program yang menarik.

