Baru-baru ini petugas PEDi seluruh Malaysia telah dijemput menonton siaran langsung sambutan ulang tahun Klik Dengan BIjak (KDB) yang ke-10 di Facebook rasmi Klik Dengan Bijak pada 17Januari 2023 lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bersempena dengan tema “Ke Arah Dunia Siber yang Positif”. Klik Dengan Bijak mula diperkenalkan oleh MCMC pada tahun 2012 bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan Internet.