mcmc
Galeri Foto

SEKITAR HARI PERASMIAN PEDi OLEH YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB

Satu majlis perasmian Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 21hb November 2021 bertempat di Kampung Durian Tawar, Bera, Pahang. Kewujudan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dapat melahir dan memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing bagi meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat terutamanya masyarakat luar bandar. Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

 

Sumber: facebook live RTM, utusan.com.my, astroawani.com dan hmetro.com.my