mcmc
Keselamatan

SENTIASA PEDULI PARAS AIR SUNGAI SEKITAR ANDA

Laman web rasmi Public InfoBanjir telah memaklumkan setakat hari ini 3hb Januari 2022, jam 9 pagi, beberapa kawasan sungai telah diisytihar berada dalam paras DANGER (bahaya), WARNING (amaran) dan ALERT (jaga-jaga) di beberapa daerah sekitar negeri Pahang. Setakat semalam media-media utama melaporkan kemungkinan peningkatan jumlah mangsa banjir di negeri Pahang. Oleh itu, rakyat dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut https://publicinfobanjir.water.gov.my/?lang=en