Pada 8 Mac 2023, pihak MCMC telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai program baharu iaitu KITAR. KITAR merupakan satu penjenamaan semula bagi program mobile e-waste sebelum ini. Taklimat diadakan di Dewan Meranti 2, The Scapes Hotel di Genting, Pahang. Seramai 12 petugas PEDi terpilih dalam Pahang dan Wilayah Persekutuan menjayakan sesi talimat tersebut. Bermula jam 9.30 pagi, sesi taklimat yang berakhir jam 12 tengah hari itu turut dihadiri wakil MCMC Pahang dan Wilayah Persekutuan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Aiman(MCMC), diikuti perkongsian pengalaman dari Encik Rusly(Petugas PEDi) seterusnya ditambah oleh Encik Shamsul(MCMC).
Banyak input yang dikongsi bermula dari penjenamaan semula, kolaborator baru dan rangkaian aliran kerja yang sistematik.