mcmc
Keselamatan

SUNGAI LIPIS BERADA DI PARAS BAHAYA

Sebanyak sembilan sungai utama di Pahang merekodkan bacaan melebihi paras bahaya, amaran dan waspada. 

Ia berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang dikemas kini sehingga jam 6.45 pagi Ahad.

Kenaikan paras air sungai itu berlaku disebabkan hujan lebat berserta angin yang berterusan sejak malam Sabtu hingga pagi Ahad.

Menurut laman web terbabit, Sungai Lipis di Batu Malim, Raub berada paras melebihi bahaya iaitu 115.25 meter (m) berbandimg 114.0 m pada Sabtu.

Bagaimanapun paras air sungai itu menunjukkan trend penurunan pada jam 6 pagi Ahad.

Sumber: Sinar Harian